Saturday, August 1, 2009

Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan ISA Diteruskan – Satulah Malaysia by Kickdefella

Hari ini didalam sejarah, Ibrahim Ali hilang dalam ratusan ribu penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak hadir pada hari ini. Walaupun hujan telah turun disebelah petang di sebahagian besar Semenanjung Malaysia, suara Ibrahim Ali tidak kedengaran bersama katak-katak yang bergembira menyambut hujan turun.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah mustahil untuk ISA dimansuhkan. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pula bersumpah bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan ISA.

Manakala di Kota Bharu, Perdana Menteri Najib Razak, cuba merayu supaya Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menjaga sensitiviti Ahli-ahli UMNO.

Persoalannya, siapakah yang akan menjaga sensitiviti lebih 80,000 orang yang membanjiri Kota Kuala Lumpur dengan perasaan cintakan negara sambil membeli belah, minum-minum dan teringin melihat memorandum diserahkan ke Pejabat Yang DiPertuan Agung.

Tentu sekali bukan pihak polis yang ternyata mengamalkan dasar 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

Dalam hal ini, pihak polis menganggap rakyat mereka yang merah, putih , kuning, hitam atau apa warna kulit atau baju dipakai adalah sama sahaja sesuai dengan slogan 1 Malaysia.

Lebih dari itu, tentu sekali rakyat didahulukan lebih dari pengganas, perogol, peragut dan lain-lain penjenayah.

Akhir sekali, prestasi diutamakan, iaitu prestasi peralatan-peralatan canggih yang dibeli dari duit rakyat dan mesti digunakan untuk rakyat.

Maka hari ini berjayalah Malaysia sebagai sebuah negara.

Syabas - This article is written by : Sheih Kickdefella


It could be a peaceful rally, but not in our country. The international community must be laughing at us.
All police power , FRU ,water bom and tear gas are being used on those unarmed people and those without offensive capability.

Related article:

Seja o primeiro a comentar

Starry's Fans

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO